top of page

YPNM sambut baik penjelasan harga silinder LPG tidak dinaikkan

  • nabalunews
  • Jul 2
  • 1 min read

David Chan, pengerusi YPNM Sabah
David Chan, pengerusi YPNM Sabah

2 Julai 2025


KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas jaminan tiada sebarang kenaikan harga atau had pembekalan silinder gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.


Pengerusi, Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah, David Chan berkata, pihaknya amat menyambut baik keputusan yang diambil oleh KPDN.


Katanya, pihaknya bagaimanapun mengingatkan peniaga makanan dan minuman, terutamanya perusahaan mikro dan kecil (PMKS), supaya tidak mengambil kesempatan terhadap keputusan itu.


“Para peniaga dinasihatkan supaya tidak menaikkan harga makanan secara tidak munasabah.


"Tindakan sedemikian hanya akan membebankan pengguna yang kini sudahpun tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat," katanya.


David berkata, YPNM akan terus memantau perkembangan ini dan menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak wajar kepada pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk KPDN.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page