top of page

ZULKIFLY DILANTIK KETUA PENGARAH BAHARU TOURISM MALAYSIA - MOTAC

  • nabalunews
  • Nov 19, 2020
  • 1 min read


18 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan pelantikan Zulkifly Md Said sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berkuat kuasa 11 Nov.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan Zulkifly mula berkhidmat dengan Tourism Malaysia pada 1 Julai 1988 dan sejak 20 Mac 2019, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Kanan (Pengurusan) dan pada masa sama menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Zulkifly berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Westmar College Le Mars Iowa, Amerika Syarikat dan pernah menjadi Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) selama lima tahun mulai 2013. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Luar Negeri Tourism Malaysia di Hong Kong pada 1992 diikuti Bangkok, Thailand (2000) dan Istanbul, Turki (2004).

Zulkifly merupakan penerima Anugerah Khidmat Cemerlang atas dedikasi, sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sumbangan luar biasa beliau ke arah pembangunan dan promosi industri pelancongan negara.

Beliau juga pernah dijemput sebagai penceramah utama dan ahli panel di beberapa seminar dan persidangan pelancongan antarabangsa termasuk Arabian Travel Mart Global Halal Tourism Summit pada 2017. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page