
aboutus
Nabalu News PLT merupakan sebuah portal media dan syarikat penerbitan berita digital yang menyiarkan laporan perkembangan terkini serta ehwal semasa di Malaysia, khususnya di negeri Sabah.
​
Sebagai sebuah portal berita yang berkembang seiring dengan era digital, Nabalu News komited dalam menyampaikan maklumat yang pantas, tepat, berintegriti dan boleh dipercayai kepada masyarakat. Liputan kami merangkumi berita tempatan dan antarabangsa, sukan, gaya hidup, isu komuniti serta aduan rakyat yang memerlukan perhatian pihak berkaitan.
​
Nabalu News juga membuka ruang kepada orang awam, organisasi, agensi kerajaan dan swasta untuk berkongsi bahan berita berbentuk program masyarakat, aktiviti setempat, aduan rakyat atau isu-isu komuniti yang wajar diberi perhatian serta hebahan umum.
​
Sebarang maklumat atau bahan berita boleh dikongsikan kepada kami melalui emel nabalunews@gmail.com
​
Bagi memastikan ketepatan laporan, Nabalu News hanya akan menyiarkan berita yang sahih serta disahkan dari segi maklumat dan fakta. Sila sertakan nama penuh dan nombor telefon bagi memudahkan pihak wartawan kami menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut serta menjalankan lawatan liputan sekiranya diperlukan.
​
Ikuti perkembangan berita terkini melalui platform media sosial rasmi Nabalu News.
