top of page

1,350 Liter Diesel Bersama Lori dan Peralatan Dirampas di Tawau

  • nabalunews
  • May 6
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


6 Mei 2026


TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau telah merampas 1,350 liter minyak diesel bernilai RM104,256.25 dalam satu serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.


Rampasan yang berlaku kira-kira jam 7:30 malam itu turut melibatkan sebuah lori jenama Isuzu 8 tan yang diubah suai dengan tangki tambahan, tong drum besi, hos paip, serta mesin pam.


Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 selepas KPDN membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan barang kawalan bersubsidi tersebut.

KPDN memberi amaran keras bahawa individu atau syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan tegas. Bagi individu, denda pertama sehingga RM1 juta, dan denda sehingga RM3 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya. Manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta untuk kesalahan pertama, dan sehingga RM5 juta untuk kesalahan seterusnya.


KPDN menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page