top of page

1 maut, 3 selamat insiden mangsa hanyut dibawa arus banjir di Kg Sungai Udin

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 2 min read

9 Januari 2026


TAWAU: Seorang maut, manakala tiga terselamat dalam insiden kenderaan dihanyutkan arus banjir di Kg Sungai Udin, malam tadi ketika cuba melalui jalan raya dinaiki air.


Mayat mangsa maut yang berusia 30an itu ditemui jam 7.15 pagi tadi oleh pekerja ladang kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa dibawa keluar menggunakan strecher oleh pihaknya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dihanyutkan arus banjir dalam insiden di Kg Sungai Udin malam tadi, ditemui pagi tadi.
Mayat mangsa dihanyutkan arus banjir dalam insiden di Kg Sungai Udin malam tadi, ditemui pagi tadi.

Menurutnya, tiga lagi mangsa terselamat dalam insiden mencemaskan itu terdiri daripada lelaki berusia 27 dan 23 tahun yang menaiki kereta pacuan empat roda dan seorang lagi penunggang salah satu motosikal yang dibawa kenderaan tersebut.


Terdahulu, katanya, Bilik Kawalan BBP Tawau menerima panggilan kecemasan melalui NG999 terdapat mangsa hanyut dibawa arus banjir pada jam 9.34 malam, manakala pasukannya tiba di lokasi pada jam 10.47 malam.


Menurut pemanggil, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa dua buah motorsikal cuba untuk melalui jalanraya yang dinaiki air, namun hanyut dibawa arus banjir.


Katanya, Pasukan Bomba berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya manjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) .


Jemishin berkata, terdapat empat mangsa terlibat iaitu dua mangsa berada di dalam kenderaan dan dua lagi mangsa iaitu penunggang motorsikal yang menumpang di belakang kereta tersebut.


"Tiga orang mangsa dilaporkan selamat manakala, seorang mangsa lagi masih hilang dan pihak Bomba bertindak membuat pencarian menggunakan kaedah surface di tebing sungai dengan radius pencarian satu kilometer (KM) dari tempat mangsa jatuh,"katanya.


Susulan penemuan mangsa, SAR ditamatkan pada jam 8.44 pagi tadi setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi.


Operasi tersebut membabitkan lapan anggota BBP Tawau, tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai, tiga anggota PBS Kalabakan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (dua), polis (lima) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM (10 orang).

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page