top of page

124 Pemimpin Komuniti Sertai Program Pengukuhan Denggi di Matunggong

  • nabalunews
  • Apr 29
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


29 April 2026


KUDAT: Seramai 124 orang pemimpin komuniti menyertai Program Pengukuhan Kawalan & Pencegahan Denggi Zon Matunggong yang berlangsung di Dewan Terbuka Pekan Matunggong, Isnin lepas.


Para peserta terdiri daripada Ketua Masyarakat (KK) dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (PJKKK).

Program ini dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Epson Kawahui.


Menurut penganjur, program yang menggunakan pendekatan pemerkasaan komuniti (community empowerment) bertujuan menyalurkan maklumat serta meningkatkan kesedaran tentang penyakit demam denggi kepada para pemimpin masyarakat. Mereka seterusnya diharap dapat menyebarluaskan pengetahuan tersebut di peringkat komuniti masing-masing.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Dr. Mohd. Helmi Abdul Hamid, Pegawai Kesihatan Kawasan II, Pejabat Kesihatan Kudat.

Program ini memberi manfaat khusus kepada penduduk Daerah Kecil Matunggong dalam usaha bersama memerangi penyakit demam denggi. Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kejayaan program ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page