top of page

15 September diisytihar cuti umum tambahan di Sabah

  • nabalunews
  • Aug 31
  • 1 min read

ree

30 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.


Menurut Warta Kerajaan bertarikh 18 Ogos, ketetapan itu dibuat atas perintah Yang di-Pertua Negeri Sabah di bawah Seksyen 9, Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56).


Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan cuti umum tambahan ini turut terpakai kepada pekerja sektor swasta berdasarkan peruntukan Seksyen 103(1)(b), Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67).

ree

“Sehubungan itu, majikan boleh memberikan cuti pada 15 September atau menggantikannya dengan tarikh lain sebagai cuti umum bergaji, dengan persetujuan pekerja.


“Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bertugas pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji cuti umum seperti yang termaktub dalam undang-undang buruh,” menurut kenyataan itu.


JTK Sabah menggesa majikan supaya mematuhi ketetapan berhubung pemberian cuti umum tambahan tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page