top of page

150 gereja di DUN Kadamaian terima sumbangan Paskah RM150,000 daripada Ewon

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

29 Mac 2026


KOTA BELUD: Sebanyak 150 buah gereja di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap gereja daripada ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan RM150,000 daripada peruntukan Sentuhan Kasih ADUN Kadamaian.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ewon di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian di sini, hari ini.

“Setiap tahun, penyampaian sumbangan kepada gereja-gereja Kadamaian akan dilaksanakan dua kali, iaitu sumbangan Paskah dan sumbangan Krismas yang mana setiap gereja akan mendapat RM1,000 bagi setiap sambutan, menjadikan jumlah sumbangan setiap gereja sebanyak RM2,000 setahun.


“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu keperluan gereja bagi persiapan sambutan Paskah pada minggu ini,” katanya.


Ewon menyatakan selagi beliau menjadi ADUN Kadamaian, pemberian sumbangan tersebut akan diteruskan selain daripada peruntukan pembangunan untuk keperluan rumah-rumah ibadat.

Turut hadir dalam upacara ringkas penyampaian sumbangan tersebut ialah Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kadamaian, Ukoh Jeremmy Malajad.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page