31 pelajar cemerlang STPM 2023 terima insentif daripada Ahli Parlimen Sandakan
nabalunews

1 November 2024
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyampaikan insentif pendidikan menerusi Program Pencapaian Terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022/2023 kepada 31 pelajar lepasan STPM 2023 dalam kawasan Parlimen Sandakan yang memperoleh keputusan cemerlang.
Penerima masing-masing memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 seramai lima orang, 3.9 CGPA (2 orang), 3.8 CGPA (3 orang), 3.7 CGPA (8 orang), 3.6 CGPA (7 orang) dan 3.5 CGPA seramai enam orang.
Insentif bernilai keseluruhan kira-kira RM20,000 itu disampaikan pada satu majlis ringkas di Pusat Khidmat Parlimen P186 Sandakan kepada pelajar dan wakil pelajar tersebut kelmarin.
Vivian berharap insentif menerusi inisiatif pihaknya sedikit sebanyak akan membantu dalam menampung perbelanjaan mereka di institusi pengajian tinggi selain menjadi dorongan kepada pelajar yang lain untuk terus berjaya dalam pelajaran tanpa mudah mengalah.
Pihaknya juga berharap apabila pelajar berkenaan berjaya kelak dan mendapat pekerjaan atau terlibat dalam mana-mana bidang pilihan, mereka akan turut menabur bakti kepada keluarga dan masyarakat di Sandakan.
Commentaires