top of page

456 Pengundi Tunaikan Tanggungjawab, Laimin Omar Menang Lima Penjuru

  • nabalunews
  • 29 minutes ago
  • 1 min read

16 Februari 2026


KOTA BELUD: Seramai 456 penduduk telah melaksanakan hak demokrasi mereka dalam pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Piasau yang berlangsung semalam. Proses pemilihan yang menyaksikan pertandingan lima penjuru itu berjalan dengan lancar dan kondusif.


Proses pengundian dan penjumlahan suara dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Fandhy Rajin, yang dibantu oleh barisan urus setia UPPM Kadamaian.


Hasil daripada proses tersebut, Laimin Omar telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Piasau yang baharu.

Dalam ucapannya selepas pengumuman keputusan, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Kampung Piasau atas kepercayaan yang diberikan.


"Kepercayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi adalah tanggungjawab kita bersama. Saya menyeru agar kita semua berganding bahu untuk memartabatkan Kampung Piasau ke arah yang lebih maju, tersusun dan sejahtera," katanya.


Beliau turut menekankan komitmen untuk bekerja dengan penuh ketelusan dan semangat kebersamaan dalam mentadbir JKKK.

"Amanah ini adalah tanggungjawab — bukan kerana jawatan, tetapi kerana tanggungjawab kepada masyarakat," tambah beliau.


Kejayaan proses pemilihan ini juga menunjukkan kematangan berdemokrasi dalam kalangan komuniti Kampung Piasau serta komitmen tinggi mereka terhadap pembangunan dan kemajuan kampung.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page