top of page

50 pemimpin komuniti DUN Kadamaian sertai bengkel integriti di Tambulion Ulu

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 2 min read

Oleh Romie Stanley DGuns


11 Ogos 2026


KOTA BELUD: Seramai 50 pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menyertai Bengkel Motivasi Kepimpinan Berintegriti Transformasi Komuniti di Dewan Terbuka Kampung Tambulion Ulu, di sini, pada 9 Ogos lalu.


Bengkel itu dianjurkan secara kolaborasi oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, Akademi Kenegaraan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).



Program berkenaan bertujuan memperkukuh integriti, semangat kenegaraan dan aspek keselamatan komuniti dalam kalangan pemimpin akar umbi, khususnya mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran kampung.


Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara Yayasan Sabah, Adman Haji Samat; wakil Bahagian Integriti dan Pengukuhan Yayasan Sabah, Midin Haji Asli serta pegawai Akademi Kenegaraan Malaysia, Mohd Hijaz Kasturi Samson, hadir sebagai fasilitator dan tetamu kehormat.



Turut menyampaikan ceramah ialah pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kota Belud, Khairul Azhar Razali dan wakil Cawangan Khas PDRM IPD Kota Belud, Arfarizam Berahim.


Antara yang menyertai bengkel itu ialah wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) serta pemimpin kampung sekitar DUN Kadamaian.


Turut hadir Ketua Kampung Tambulion Ulu, Daiman Basinau; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Boniface @ Doni Jiran; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tambulion Ulu, Handly Sekukut serta beberapa pengerusi JKKK dari kampung sekitar DUN Kadamaian.


Sepanjang program, peserta diberi pendedahan mengenai kepimpinan berintegriti, semangat kenegaraan dan keselamatan komuniti menerusi sesi ceramah yang disampaikan oleh wakil agensi terlibat.


Pengerusi JKKK, Boniface berkata, pendedahan yang diberikan amat berguna, khususnya dalam membantu pemimpin kampung mengaplikasikan pengetahuan berkaitan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan komuniti masing-masing.


Menurut beliau, bengkel berkenaan bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan, malah turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat.


Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) Zon Pantai Barat Utara dan KRT Tambulion Ulu atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page