top of page

6 termasuk remaja, 16, ditahan kerana merusuh di Merotai

  • nabalunews
  • 16 minutes ago
  • 1 min read

Enam termasuk remaja berusia 16 tahun diberkas selepas disyaki merusuh di Kg Kuala Merotai Besar.
Enam termasuk remaja berusia 16 tahun diberkas selepas disyaki merusuh di Kg Kuala Merotai Besar.

28 Oktober 2025


TAWAU: Polis berjaya memberkas enam lelaki, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun, semalam selepas disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di kawasan Kampung Kuala Merotai Besar, pada Ahad.


Kesemua suspek yang berusia di antara 16 hingga 21 tahun ditahan sekitar jam 4.05 petang hasil operasi memburu mereka, susulan laporan polis dibuat mangsa, 19.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 10.30 malam apabila mangsa diserang sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar teman wanitanya.


"Ketika melalui kawasan kampung berkenaan, kenderaan mangsa dihalang beberapa lelaki tidak dikenali sebelum dia ditarik keluar dan dipukul beramai-ramai tanpa sebab munasabah.


"Mangsa sempat mengenali salah seorang suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Bombalai,"katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan kumpulan suspek sebelum berlaku pergaduhan.


Tambahnya, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.


Dalam pada itu, Jasmin berkata polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam tindakan ganas atau mengganggu ketenteraman awam.


Tegasnya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat segera kepada pihak polis sekiranya mengetahui sebarang kejadian jenayah di kawasan masing-masing.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page