top of page

7 rumah musnah kebakaran di Tanjung Aru

  • nabalunews
  • Dec 7, 2024
  • 1 min read

7 Disember 2024


KOTA KINABALU: Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru Laut di sini, petang tadi.


Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.43 petang.


Katanya sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 4 kilometer dari balai.


Operasi memadam kebakaran turut dibantu 13 pegawai dan anggota bomba dari BBP Penampang dan Putatan.


Turut membantu memadamkan kebakaran, 20 ahli Bomba Komuniti Tanjung Aru.


"Kebakaran melibatkan 7 buah rumah kediaman jenis tidak kekal.


"4 buah rumah berukuran 50x100 kaki terbakar 100% dan 3 buah rumah lagi berukuran 20x35 kaki terbakar 100%.


"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 4 aliran 200 kaki 6 pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka iaitu air laut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi bomba ditamatkan jam 5.49 petang, katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page