78 ADUN Sabah mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah
- nabalunews
- 14 minutes ago
- 1 min read

11 Disember 2025
KOTA KINABALU: Seramai 78 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah jawatan pada Upacara Mengangkat Sumpah ADUN Sabah, pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 72 merupakan ADUN yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November lalu, manakala enam adalah ADUN Dilantik.
Upacara yang bermula pada jam 10.00 pagi itu berlangsung di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menjadi individu pertama mengangkat sumpah.
Turut mengangkat sumpah, tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Datuk Ewon Benedick, sebelum diteruskan dengan barisan menteri serta pembantu menteri negeri.
Seramai tujuh menteri kabinet Sabah turut mengangkat sumpah, masing-masing Datuk Arifin Mohd Arif, Datuk Jamawi Jaafar, Datuk Rubin Balang, Datuk James Ratib, Datuk Jafry Ariffin, Datuk Julita Mojungki dan Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan.
Sementara itu, enam ADUN Dilantik turut mengangkat sumpah, terdiri daripada wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Grace Lee Li Mei; wakil Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Ir Chin Shu Ying; serta wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Mohamed Razali Razi, Datuk Abdul Kassim, dan Datuk Caesar Mandela Malakun. Mantan Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin Ken Fong, turut mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar. /Penerangan-


















Comments