977 karya seni warnai KPTNS ke-40
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

16 April 2026
KOTA KINABALU: Sebanyak 977 hasil seni daripada 943 peserta diterima bagi menyertai Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) edisi ke-40, yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) esok.
Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Sara Elisya Ahmad Shah berkata, tiga kategori dipertandingkan pada edisi kali ini dengan penekanan kepada keunikan budaya tempatan.
“Kategori A dan B bertemakan “Budaya di Daerah Saya”, manakala Kategori C (Terbuka) mengetengahkan tema “Cerita Rakyat Sabah (Sabah Folktales)”.
“Tema yang dipilih bertujuan menterjemahkan warisan lisan dan legenda tempatan ke dalam bentuk visual yang lebih moden serta relevan dengan perkembangan semasa,” katanya ketika ditemui di UMS FM, di sini, Rabu.
Menurut Sara, penyertaan yang diterima bukan sahaja mencerminkan minat tinggi dalam kalangan penggiat seni, malah turut menyumbang kepada pembinaan ekosistem seni yang mampan di Sabah.
Katanya, platform seperti KPTNS juga memberi peluang kepada peserta untuk mengetengahkan bakat serta meraih pengiktirafan di peringkat lebih luas.
Penganjuran KPTNS ke-40 diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.















Comments