top of page

Abang tikam adik di Ranau

Wartawan Nabalu News

20 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut ditikam oleh abangnya yang mengalami masalah mental di rumah mereka di Kampung Kinapulidan, Ranau pada Khamis lalu.


Kejadian berlaku pada jam 5.40 pagi apabila suspek berusia 19 tahun menyerang adiknya dengan pisau di bahagian perut.


Mangsa sempat dihantar ke Hospital Ranau oleh jirannya tetapi meninggal dunia pada kira-kira enam jam kemudian akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Ranau, Simiun Lomudin berkata, motif kejadian masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami gangguan mental.


"Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Beliau juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page