top of page

ADUN Tanjong Papat sumbang peralatan muzik kepada Sekolah Vision Sandakan

nabalunews


13 0gos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Sebagai inisiatif untuk memupuk perkembangan seni dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah di Sandakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyumbangkan peralatan muzik kepada Sekolah Vision Sandakan.


Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada usaha Frankie untuk mensejahterakan masyarakat di Sandakan melalui pelbagai program dan aktiviti yang berfokus kepada pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti.


Sumbangan sebanyak 18 buah peralatan muzik seperti biola, cello dan aksesori muzik ini juga akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran muzik di sekolah tersebut.


Frankie berharap sumbangan itu dapat memberikan inspirasi kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti seni dan budaya serta membantu mereka dalam mengembangkan lagi bakat muzik dalam diri mereka.


Katanya, pendidikan bukan hanya mengenai akademik semata-mata tetapi juga mengenai pembinaan sahsiah serta pengembangan minat dan bakat dalam diri pelajar.


Sementara itu, Sekolah Vision Sandakan merakamkan penghargaan atas keprihatinan Frankie terhadap pembangunan pendidikan dan sokongan berterusan kepada sekolah-sekolah di kawasan Sandakan.


Sumbangan ini diyakini akan menyemarakkan lagi semangat pelajar untuk terus berkarya dan cemerlang dalam bidang seni.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page