top of page

AGC rayu sebahagian keputusan mahkamah hak 40 peratus Sabah

  • nabalunews
  • Nov 14, 2025
  • 1 min read

14 November 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada 13 November 2025 terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah tersebut.


AGC dalam kenyataannya hari ini berkata, rayuan itu khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.


"Alasan Penghakiman berkenaan antara lain mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.


"Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil," menurut kenyataan itu.


AGC turut memaklumkan perundingan bersama kerajaan negeri akan dimulakan dengan kadar segera.


Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.


Perkara itu mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.


Hakim Datuk Celestina Stuel Galid dalam keputusannya mengarahkan Kerajaan Persekutuan membuat semakan kadar pemberian khas tersebut dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page