top of page

Agenda Sabah First: Enam Teras Manifesto Kennedy John Untuk Pembangunan Bingkor

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

ree

27 November 2025


KENINGAU: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) N40 Bingkor, Kennedy John, memperinicikan enam teras utama manifestonya yang menekankan pembangunan menyeluruh berpaksikan rakyat di bawah agenda “Sabah First”.


Kennedy berkata, manifesto berkenaan dirangka secara komprehensif merangkumi aspek Pendidikan Setara Untuk Semua, Pembangunan Sektor Pertanian, Peningkatan Ekonomi Rakyat, Pertumbuhan Keusahawan, Kesejahteraan Wanita dan Keluarga serta Pemerkasaan Belia.


Kennedy berkata, antara keutamaan beliau adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan memastikan setiap sekolah di seluruh Bingkor mempunyai kemudahan selamat dan kondusif, serta melahirkan anak muda berkemahiran tinggi.


Dalam hal itu, beliau berhasrat menubuhkan pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menyediakan latihan kemahiran moden dalam teknologi, pertanian dan industri baharu.


“Dengan adanya pusat ini, belia boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam dunia pekerjaan dan membina masa depan tanpa perlu berhijarah jauh,” katanya.


Beliau juga mahu mengembangkan sektor pertanian dengan keutamaan untuk membaik pulih sistem pengairan, memastikan bekalan air mampan untuk kegunaan sawah padi dan kebun, serta menyelenggara jalan kebun bagi memudahkan pengeluaran hasil pertanian.


Selain itu, Kennedy turut merancang pelbagai inisiatif untuk pertanian yang lebih produktif antaranya penggunaan teknologi moden, bantuan input dan peralatan serta jaringan pemasaran melalui koperasi yang akan memastikan golongan petani mendapat harga adil.


“Bagi meningkatkan ekonomi rakyat, fokus utama adalah untuk membangunkan infrastruktur asas termasuk jalan, perparitan, air, dan elektrik supaya ekonomi penduduk dapat bergerak dengan lebih lancar.


“Saya juga mahu memperkukuh industri kecil, projek desa, dan peluang pekerjaan setempat supaya setiap keluarga merasai peningkatan pendapatan.


“Dengan sokongan kerajaan dan tadbir urus yang telus, saya yakin ekonomi Bingkor boleh berkembang dan membawa manfaat terus kepada rakyat,” katanya.


Bagi memacu pertumbuhan keusahawanan, beliau mahu menyediakan geran permulaan, latihan perniagaan dan bimbingan kepada usahawan muda serta desa sebagai galakan memulakan perusahaan yang berdaya saing.


Kennedy turut merancang penubuhan Hab Perniagaan Bingkor bagi membantu usahawan dalam pemasaran digital, pembungkusan, strategi jualan dan e-dagang, seterusnya mewujudkan sebuah ekosistem keusahawanan desa yang lebih kompetitif.


Beliau berkata, tumpuan turut diberi kepada usaha memperkukuh peranan wanita dan keluarga antaranya melalui inisiatif latihan kemahiran, sokongan keusahawanan dan akses pembiayaan supaya golongan itu mampu menjana pendapatan sendiri.


“Pada masa yang sama, saya juga akan memastikan sokongan kebajikan untuk keluarga yang memerlukan termasuk ibu tunggal, kanak-kanak dan warga emas supaya tiada kumpulan terpinggir daripada manfaat pembangunan,” jelasnya.


Akhir sekali, Kennedy mahu melahirkan belia Bingkor yang berkepimpinan, berkemahiran dan berdaya saing dengan menyediakan lebih banyak program latihan, peluang pekerjaan dan ruang penyertaan dalam pembangunan komuniti.


Beliau turut komited menyediakan lebih banyak kemudahan sukan agar golongan belia mempunyai tempat yang selamat dan positif untuk mengembangkan potensi dalam sukan, seni dan bakat masing-masing.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page