top of page

Agenda “Sabah First” Pemangkin Kemajuan Bengkoka

  • nabalunews
  • 16 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 November 2025


BENGKOKA: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Junsim Rumunzing menegaskan agenda Sabah First menjadi asas penting untuk membawa perubahan mampan serta memastikan Bengkoka tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.


Beliau yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka, berkata masa depan rakyat tidak boleh diserahkan kepada nasib, sebaliknya perlu dibina melalui dasar yang jelas, peluang yang adil dan kepimpinan yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.


“Sabah First memastikan setiap keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat Sabah, termasuk Bengkoka yang sekian lama menunggu lonjakan pembangunan,” katanya.


Menurutnya, memiliki tanah yang subur, warisan budaya yang kaya serta golongan belia berbakat disokong kekuatan komuniti, Bengkoka berpotensi dimajukan dalam pelbagai sektor, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi rakyat.


Namun, katanya rancangan pembangunan itu memerlukan kepimpinan berprinsip yang mampu memperjuangkan kepentingan Bengkoka di peringkat negeri.


Tambah beliau, keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi serta peluang pekerjaan agar Bengkoka tidak lagi tercicir, sebaliknya menikmati pertumbuhan seiring kawasan lain.


“Inilah masanya kita bangkit bersama dan menjadikan Bengkoka sebahagian daripada arus kemajuan Sabah.


“Dengan semangat Sabah First, Bengkoka tidak lagi di belakang, tetapi bergerak seiring dan bangga ke hadapan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page