Ahli keluarga, rakan-rakan mahu pembunuh diambil tindakan setimpal #justiceforjusmaniAhli keluarga, rakan-rakan mahu pembunuh diambil tindakan setimpal #justiceforjusmani
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ahli keluarga, rakan-rakan mahu pembunuh diambil tindakan setimpal #justiceforjusmani



7 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli keluarga dan rakan-rakan seorang lelaki yang dibunuh di sebuah pusat hiburan di Penampang Baru, pada 4 Januari lalu meminta pihak polis mengambil tindakan segera terhadap suspek.


Mereka meluahkan perasaan sedih atas kehilangan orang tersayang dan marah terhadap pelaku yang tidak berperikemanusiaan dan mahu agar mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.


Mangsa dikenalipasti sebagai Jusmani Duragan, 29, berbangsa Dusun, dari Kg.Tambulion Kota Belud. Mangsa ditikam di sebelah rusuk kiri disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa semasa kejadian itu dikongsikan di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.


Antara reaksi daripada netizen ialah ugutan akan mencari suspek untuk dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis.


“Semoga polis dapat tangkap pembunuh dan dikenakan hukuman setimpal.


“Kami baru sahaja kehilangan kawan baik yang menjadi mangsa pembunuhan. Ketika ini PDRM sedang giat mengesan suspek sehubungan itu semua Sabahan jangan hebahkan di mana check point roadblock yang sedang dijalankan oleh pihak polis.


“Mari kita jadikan Sabah selamat bersama-sama dengan membantu pihak PDRM untuk mengesan suspek. Bersama kita boleh membanteras jenayah dan menjadikan Sabah lebih selamat. Jangan hebohkan lokasi roadblock PDRM di Sosial media,” antara luahan netizen di media sosial dengan hastag #justiceforjusmani.



Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai kakitangan sebuah hotel di Kota Kinabalu sudah dikebumikan di kampung halamanya di Kota Belud.


Hasil siasatan awal melalui CCTV yang terdapat di tempat kejadian mendapati empat lelaki mendekati mangsa dan salah seorang daripada mereka mengeluarkan satu objek dipercayai senjata tajam lalu menikam mangsa.


Namun pihak poilis tidak menemukan sebarang senjata semasa siasatan dilakukan di tempat kejadian.


Polis kini mempergiatkan usaha memburu suspek yang dikehendaki selepas dipercayai terbabit dalam kes itu.


Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kesemua elemen digerakkan bagi memburu Kaw Yung Chee, 35, untuk membantu siasatan yang diklasifikasi mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat suspek diminta bekerjasama menghubungi pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang atau balai polis berdekatan.


bottom of page