AJK UPKO Kota Belud: Sokong Penuh Penggunaan Logo Parti Sendiri pada PRN Sabah ke-17
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

6 September 2025
KOTA BELUD: Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud, Juin Kolod, yang juga Ketua Cawangan UPKO Kassara Ranggalau, menyatakan sokongan penuh terhadap saranan agar parti itu menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.
Menurut beliau, pendirian tersebut mencerminkan suara akar umbi yang mahu melihat UPKO tampil dengan identiti tersendiri sebagai sebuah parti tempatan yang konsisten memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah.
“Isyarat yang dizahirkan akar umbi jelas menunjukkan keinginan mereka untuk melihat UPKO berdiri dengan jati diri sendiri. Hal ini bukan bermakna menolak kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya menegaskan kekuatan dan keunikan UPKO sebagai parti berteraskan suara rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Juin turut memaklumkan bahawa semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan berkenaan sepakat agar UPKO menggunakan logo sendiri pada PRN ke-17 sebagai tanda keyakinan serta kesatuan akar umbi di peringkat kawasan.
Comments