top of page

Amaran Ribut Petir di Pantai Barat Sabah dan Labuan, Penduduk Diminta Berwaspada

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read


ree

28 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Penduduk di beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah serta Wilayah Perseketuan Labuan dinasihatkan berwaspada berikutan amaran ribut petir yang dijangka melanda pada petang ini.


Menurut kenyataan Bencana Alam Sabah, ribut petir sedang berkembang berhampiran pantai barat daya Sabah dan Labuan pada tengah hari tadi dan dijangka bergerak ke arah barat laut.


“Ribut petir ini berpotensi membawa hujan lebat berserta angin kencang,” katanya dalam satu kenyataan.


Kejadian itu dijangka berlaku sekitar jam 2.00 petang melibatkan beberapa kawasan termasuk Labuan, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu.


Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar serta berhati-hati ketika berada di jalan raya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page