top of page

Bakat dan kemahiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) terus digilap

  • nabalunews
  • Jul 20, 2025
  • 1 min read

20 Julai 2025


SANDAKAN: Bakat dan kemahiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di negeri ini akan terus digilap.


Antaranya menerusi Karnival Kebolehpasaran, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang diadakan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan bakat masing-masing.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, karnival ini membawa misi yang jelas dan signifikan serta berperanan mencungkil potensi tersembunyi MBPK melalui aktiviti berasaskan kemahiran, keusahawanan dan kreativitisme.

Katanya, pada masa yang sama, ia memberi pendedahan kepada dunia vokasional dan pekerjaan sebenar, membuka ruang kepada pengenalpastian padanan kerjaya berasaskan kekuatan serta minat individu murid.


“Dan yang lebih utama, menggalakkan jalinan strategik antara sektor pendidikan, industri serta agensi sokongan demi memperkasa laluan kebolehpasaran MBPK secara sistematik dan berstruktur.


“Pendidikan abad ke-21 menuntut pendekatan yang transformatif. Maka, kejayaan dalam konteks MBPK tidak lagi tertakluk kepada pencapaian akademik semata-mata,”katanya.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Indang Kasi Sibin.


Menurutnya, pembangunan modal insan memerlukan keberhasilan dalam aspek sahsiah, kebolehan vokasional,serta keupayaan untuk berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.


“Maka, saya menyeru agar semua pihak memberi kepercayaan kepada MBPK untuk mencorakkan masa depan mereka dengan semangat jati diri dan keyakinan yang teguh,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page