top of page

Banjir Sabah: 1,323 mangsa berlindung di 11 PPS

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

ree

6 Januari 2026


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat dengan 1,323 orang berlindung di 11 pusat pemindahan yang dibuka, setakat 8 malam ini.


Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah berkenaan melibatkan 478 keluarga di empat daerah terjejas banjir iaitu Beaufort, Kota Belud, Tenom dan Kemabong.


Daerah Beaufort mencatatkan jumlah mangsa terjejas yang tertinggi apabila seramai 625 orang dipindahkan ke empat pusat pemindahan melibatkan 210 keluarga.


Pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu adalah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Residensi PR1MA Woodford Estate, PPS Dewan Sri Dayang dan PPS Masjid Darul Ikhlas Kg Batandak Lubak.


Manakala Tenom merekodkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu seramai 305 orang melibatkan 135 keluarga.


Sebanyak empat buah PPS dibuka di daerah itu termasuk Rumah Kebudayaan Ponontomon; Rumah Kebudayaan Kg Mandalom Lama; Rumah Kebudayaan Pantingan Saga dan Sekolah Kebangsaan Saga.


Bagi daerah Kota Belud pula, seramai 271 mangsa daripada 97 keluarga masih berlindung di dua PPS iaitu Dewan Kampung Lentigi dan Dewan Masyarakat Tun Said.


Sementara itu di Kemabong, jumlah mangsa ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Labuk 2 ialah 122 orang melibatkan 36 keluarga.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page