top of page
nabalunews

" Berikan Yang Terbaik Demi Pembangunan Sukan Tinju Di Kota Belud " - Ewon


Oleh : Romie Stanley DGuns

14 November 2024


KOTA BELUD : Tiga wakil Kota Belud telah dipilih untuk menyertai Kejohanan Tinju Piala Kebangsaan Lelaki dan Wanita, Junior Dan Bakat Kebangsaan Bagi Tahun 2024 yang akan berlangsung pada 25 hingga 30 November ini di Dewan Serbaguna Kota Kinabalu.


Mereka ialah adik Izham Atha untuk kategori 46kg junior, Aerill Devans Emil Hizikia untuk kategori 54kg junior, dan Freddy Raul Abdullah kategori 60kg junior.


Selain itu, dua jurulatih, Motinin Gaduan dan Naim Angkat, akan turut serta dalam kejohanan anjuran Persekutuan Tinju Malaysia untuk tahun ini.


Bagi menyokong penyertaan wakil Kota Belud ini ke kejohanan berkenaan, Pemaju Masyarakat dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, hari ini mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menyampaikan sumbangan kepada Kelab Tinju Kadamaian.


Sumbangan tersebut diterima oleh Satinah Sintigan, Pengurus Pasukan Kelab Tinju Kadamaian, yang berkata bahawa ia bertujuan membantu perbelanjaan wakil petinju Kota Belud di sepanjang kejohanan berkenaan.


Clarence turut menyampaikan salam daripada Ewon kepada pasukan Kota Belud yang akan bertanding dalam Kejohanan Tinju Piala Kebangsaan ini.


Ewon berharap agar para peserta dan jurulatih dapat memberikan yang terbaik dan mengharumkan nama Kota Belud di peringkat kebangsaan.

Comentarios


bottom of page