Cement Industries Sumbangkan RM1 Juta untuk Tabung Pendidikan Sabah
- nabalunews
- 3 minutes ago
- 1 min read

15 Disember 2025
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).
Replika cek sumbangan diserahkan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pengerusi Bersama TPNS, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Nor,pada satu majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Turut hadir menyaksikan penyerahan cek tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kewangan Negeri,Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif, selaku Pengerusi TPNS dan Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof.
Sumardi dalam kenyataan berkata, sumbangan kepada TPNS merupakan usaha CIS sebagai sebuah syarikat Kerajaan Negeri (GLC) dalam mendokong inisiatif penting Kerajaan Negeri untuk melengkapkan anak-anak Sabah dengan pendidikan tinggi.
Disamping itu katanya, ia juga bagi memperkasa sumber manusia Sabah sejajar dengan visi untuk melahirkan insan cemerlang dan berilmu.














