CEO ESSCOM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA MENTERI CEO ESSCOM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA MENTERI
top of page
  • nabalunews

CEO ESSCOM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA MENTERI



12 Jan 2021


KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM Dr. Jamaluddin Mohd Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, di Pejabatnya di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, semalam.


Pertemuan hampir sejam itu turut disertai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan ESSCOM Terry Henry dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tindakan Awam Mohd Aziz Marinsah.



Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri Sabah sentiasa memberikan sokongan positif kepada ESSCOM terutama dalam memberikan maklumat yang berinformasi dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan.


Menurutnya lagi, perkara ini harus menjadi tunjang dan keutamaan kepada sistem penyampaian semua agensi keselamatan termasuk ESSCOM agar momentum ke arah mewujudkan perpaduan dan keselamatan dapat dikekalkan.


Selain itu, menurut Ketua Menteri, Rakyat sebenarnya mahu melihat konsep perpaduan ini dapat terus dipertingkatkan, malahan perkhidmtan kepada rakyat jelata harus diberi perhatian utama kerana dua situasi ini adalah menjadi intipati dan teras kepada pelaksanaan aktiviti- aktiviti kerajaan.


Dalam pada itu, Ketua Menteri akan sentiasa menyarankan serta memastikan semua agensi kerajaan negeri sentiasa memberikan kerjasama jitu kepada pihak ESSCOM sebagai sebahagian usaha mendekatkan ESSCOM kepada masyarakat setempat sekaligus mewujudkan satu bentuk kerjasama strategik di peringkat akar umbi.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page