Covid-19: Sabah catat 122 kes baharu, terendah sejak Mei

20 Disember 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 189 kes harian Covid-19 di Sabah hari ini, terendah 189 sejak bulan Mei tahun ini.
Menerusi satu kenyataan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan 67 kes berbanding angka kelmarin.
Katanya, Ranau melonjak ke kedudukan teratas sebagai daerah yang paling banyak kes harian, yakni 21 kes, jumlah yang sama seperti angka semalam.
“Ranau diikuti oleh Kota Belud (19), Kota Kinabalu (19) dan Tuaran (16).
“Daerah-daerah yang lain semua mencatat kes baharu satu angka sahaja dengan lapan daerah tanpa kes baharu,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, banyak daerah mencatat jumlah kes baharu yang lebih rendah dengan empat daripadanya menunjukkan penurunan yang agak signifikan iaitu Kota Kinabalu -14 kes, Tuaran -14 kes, Papar -12 kes dan Penampang -10 kes.
“Lapan daerah lain mencatatkan peningkatan kes harian dan 6 daerah pula mengekalkan catatan sebagaimana semalam,” ujarnya.
Sementara itu, Masidi berkata seramai 118 daripada 122 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
“Tiada kes dalam Kategori 3, seorang masing-masing dalam Kategori 4 dan 5. Kes yang melibatkan dua pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.”
Commentaires