• Wartawan Nabalu News

COVID-19: SABAH CATAT 202 KES BAHARU, MENINGKAT 60 KES BERBANDING KELMARIN




15 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 202 kes positif baharu Covid-10 hari ini meningkat 60 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,367 kes dan satu kematian direkodkan di Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes baharu hari ini berpunca dari kluster baharu dan sedia ada iaitu 89 kes, diikuti saringan kontak rapat (79 kes), 26 kes daripada saringan bergejala dan lapan kes dari lain-lain kategori.


"Tawau terus mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 58, diikuti Sandakan (46 kes), Kota Kinabalu (39 kes), Lahad Datu (27 kes), Keningau (12 kes).


"Tuaran dan Putatan pula masing-masing merekodkan lima kes, Kunak (empat kes), Nabawan dan Penampang masing-masing dua kes, Kota Belud dan Kudat masing-masing satu kes.


"Daerah-daerah lain seperti Papar, Kinabatangan, Semporna, Beaufort, Kalabakan, Ranau, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kuala Penyu dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 85 menjadikan jumlah kumulatif 54,865 orang.


Beliau berkata, seramai 886 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 286 orang di hospital dan 600 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 49 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.