top of page
  • nabalunews

COVID-19: TONGOD MASIH ZON HIJAU, KOTA KINABALU TERUS CATAT KES TERTINGGI


Masidi Manjun

23 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Daerah Tongod masih dalam kategori zon hijau. Manakala Kota Kinabalu masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 228 kes baharu daripada 528 kes yang dilaporkan di seluruh Sabah, pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penyumbang terbesar kepada jumlah itu ialah Kluster Penjara Kepayan seramai 140 kes.

“Daerah kedua mencatatkan kes tertinggi ialah Tawau (61 kes) diikuti daerah Semporna (50 kes), Sandakan (31 kes), Lahad Datu (28 kes), Tuaran (27 kes), Kunak (19 kes), Kota Belud (15 kes), Papar (14 kes), Kudat (14 kes), Penampang (13 kes), Putatan (Sembilan kes), Keningau (tujuh kes), Beaufort (empat kes), Kota Marudu, Ranau dan Pitas masing-masing dua kes, Kinabatangan dan Nabawan satu kes.

“Jumlah kes yang tinggi di Tawau dan Semporna adalah disebabkan hasil keputusan ujian yang baru diperolehi daripada tunggakan (backlog) sampel,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, daerah-daerah lain seperti Sipitang, Tambunan, Kuala Penyu Telupid Tenom, Beluran dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu pada hari ini.

“Pada hari ini, terdapat satu kluster baharu iaitu Kluster Samudera melibatkann lapan kes di Taman Perumahan Samudera Sandakan.

bottom of page