Cuaca Buruk Punca Gangguan Elektrik
- nabalunews
- Sep 14
- 1 min read

13 September 2025
KOTA KINABALU: Sabah Electricity (SE) tidak menolak keadaan cuaca buruk sebagai punca gangguan bekalan elektrik di kawasan pantai timur bermula jam 5.05 petang tadi.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi Ir.Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang giat melakukan kerja-kerja pemulihan secara berperingkat.
Katanya, antara lokasi terjejas ialah bekalan elektrik ke Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran terjejas berikutan gangguan di talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud.
“Kerja-kerja siasatan untuk mengenal pasti punca talian sambungtara Kolopis-Segaliud tersebut terpelantik sedang giat dilakukan oleh pasukan teknikal.
“Kita tidak menolak keadaan cuaca yang buruk secara langsung juga menjadi punca gangguan bekalan berlaku,” katanya.
Menurutnya, SE sedang berusaha mengesan dan sedaya upaya memulihkan bekalan secepat mungkin.
“Cuaca buruk ketika ini memberi cabaran kepada kami,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak SE menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di daerah pantai timur yang terjejas dan memohon maaf di atas gangguan bekalan yang berlaku.
“Makluman mengenai status bekalan elektrik akan diberikan dari semasa ke semasa melalui ruang media sosial SE,” katanya.


















Comments