Cubaan Seludup Minyak Petrol Gagal
- nabalunews
- Nov 21, 2025
- 1 min read

21 November 2025
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menumpaskan cubaan menyeludup minyak petrol selepas berjaya menahan dua bot enjin sangkut, semalam.
Dalam operasi jam 5.45 petang itu, kedua-dua bot enjin sangkut tanpa nombor pendaftaran itu ditahan bersama 37 tong ‘jerry can’ berisi minyak petrol yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, rampasan dilakukan oleh Bot ADAL 18 menerusi operasi bersepadu OP PLUTO TIMUR 2/2013, OP KHAS CEGAH PATI (OCP) COVID-19 SEKTOR TIMUR dan OP TIRIS 3.0.

Katanya, kedua-dua bot berwarna kelabu biru dan kelabu itu ditemui kira-kira 0.1 batu nautika utara Tanjung Pantau-Pantau, Semporna dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot ditinggalkan tanpa kru dan dipercayai pemilik bot melarikan diri daripada ditahan pihak penguat kuasa.
“Kedua-dua bot bersama dua enjin sangkut Yamaha 40hp dan 37 tong minyak petrol yang disyaki merupakan barang kawalan yang cuba diseludup keluar dari negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan tanpa kebenaran.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM20,000.Bot dan semua barang yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Semporna untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
“Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperketat kawalan serta mempertingkat operasi bagi membanteras jenayah maritim termasuk aktiviti penyeludupan di perairan Semporna,”’katanya.















It’s reassuring to see how proactive actions by Maritim Malaysia can help uphold regulations and maritime safety. The way you laid out the operation and its results made it easy to follow even for readers like me who aren’t always familiar with enforcement procedures. It reminded me of a masterstorage365 discussion I saw about staying informed on operational updates and why context really matters in understanding such events.