DBKK alu-alukan komitmen KCG perkukuh kerjasama strategik dua hala
- nabalunews
- Dec 23, 2025
- 1 min read

23 Disember 2025
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyambut baik komitmen Konsulat Jeneral Republik Korea (KCG) dalam memperkukuh hubungan dua hala yang lebih strategik dan berimpak tinggi.
DBKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormat KCG Kota Kinabalu yang diketuai Konsul Jeneral, Choi Bongkyu, baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, menurut DBKK, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan konstruktif merangkumi beberapa bidang utama termasuk usaha bersama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan bandar raya.
"Selain itu, kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, pelancongan, pembangunan modal insan dan program komuniti.
"Ia sejajar dengan aspirasi Kota Kinabalu sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa yang berdaya saing, inklusif dan lestari," menurut kenyataan itu.
DBKK memaklumkan, kunjungan berkenaan juga bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara pihaknya dan KCG, selain menjadi platform memperkenalkan kepimpinan baharu konsulat tersebut.
Dalam masa sama, DBKK turut menyatakan harapan agar kunjungan hormat tersebut mampu mengeratkan jaringan kerjasama antara Kota Kinabalu dan Republik Korea demi kepentingan bersama, pembangunan serantau, dan kesejahteraan masyarakat.


















Comments