top of page

Debat Piala Presiden UPKO 2025

  • nabalunews
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

ree

22 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Seramai 40 belia mengambil bahagian untuk berentap pada Pertandingan Debat Terbuka Piala Presiden UPKO 2025 yang diadakan selama dua hari, bermula hari ini, di Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Pengerusi Penganjur, Emmanuel Atin berkata, kejohanan berprestij itu mengetengahkan sebanyak 10 pasukan dengan secara keseluruhan merangkumi 40 belia.


Katanya, penganjuran ini hasil sokongan padu Biro Hubungan Antarabangsa UPKO yang bertujuan mengetengahkan bakat generasi muda khususnya di seluruh negeri ini.

ree

“Menerusi kejohanan ini, kita boleh melihat begitu ramai peserta yang kebanyakannya penuntut pusat pengajian tinggi termasuk pelajar tingkatan enam.

ree

“Kita menerima penyertaan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Perguruan dan Kolej Tingkatan Enam,” katanya ketika ditemui, hari ini.

ree

Emmanuel berkata, objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan golongan muda dalam wacana intelektual serta isu-isu semasa.

ree

Selain itu, katanya, ia juga mewujudkan platform dinamik bagi mencungkil bakat pendebat muda di peringkat kebangsaan.

ree

“Secara tidak langsung ia turut mempromosi budaya berhujah secara rasional dan profesional dalam kalangan masyarakat,” katanya.


Tamat

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page