Donald santuni rakyat, tinjau keperluan penduduk Kg Timpangoh
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Donald santuni rakyat, tinjau keperluan penduduk Kg Timpangoh

2 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ketua Bahagian UPKO Penampang, Datuk Donald P. Mojuntin mengadakan program turun padang menyantuni penduduk Kg.Timpangoh dan meninjau keperluan penduduk kampung berkenaan.


Beliau yang juga Timbalan Presiden UPKO mengadakan program bersama Ketua Perhubungan Parlimen Penampang, Bryan Matasing dan wakil dari syarikat JENTAYU Sdn Bhd.


Lawatan tersebut bertujuan meninjau kawasan kampung bagi tujuan pemasangan lampu solar oleh syarikat JENTAYU seperti yang diperlukan penduduk kampung.


Atas keprihatinan dan inisiatif Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick, syarikat JENTAYU akan memasang lampu solar di sepanjang jalan kampung ini sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.


Selepas lawatan tersebut Donald turut meluangkan masa singgah di Walai Kraftangan Babagon untuk melihat keperluan para usahawan di kawasan itu.

bottom of page