top of page

Edbery Kekal Terajui Pemuda UPKO Kudat, Usul Parlimen Baharu Bengkoka-Pitas

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


KUDAT, 10 Julai – Edbery Kohiya mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat bagi sesi 2026–2029 selepas dipilih tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tritahunan Pemuda UPKO Bahagian Kudat yang berlangsung di Dewan Kampung Bongkol, Pitas, kelmarin.


Edbery merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan dan berikrar untuk terus memperkukuh peranan Pemuda UPKO di bahagian itu.


Dalam mesyuarat sama, Jonny Salidan dipilih sebagai Timbalan Ketua, Joody Mokija (Naib Ketua I), Defly Masitah (Setiausaha), Neirol Mitchelle Marcellus (Bendahari) dan Chommy Masaban (Pegawai Penerangan).


Turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa ialah Jaifrus Edwin, Nickzuan Manginjun, Ego Dodong, Joni Gahia dan Mazroy Joyinah.



Mesyuarat Agung Tritahunan Pemuda UPKO Bahagian Kudat itu turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Exco Pemuda UPKO Pusat yang juga Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud, Jolyhame Saran, sebagai pemantau mesyuarat.


Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Kudat disempurnakan oleh Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.


Dslam pada itu, Edbery menyokong usul UPKO Bahagian Kudat supaya diwujudkan sebuah kawasan Parlimen baharu yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka dan DUN Pitas.


Menurut beliau, ia penting bagi mempercepatkan usaha menangani pelbagai isu pembangunan asas yang masih dihadapi penduduk, termasuk kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik.


Katanya, kawasan Parlimen Kudat ketika ini meliputi empat kawasan DUN, sekali gus menjadikan skop pentadbiran dan pelaksanaan pembangunan terlalu luas serta mencabar.


“Jika diwujudkan sebuah Parlimen baharu yang memberi tumpuan kepada Bengkoka dan Pitas, perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, manakala pengagihan peruntukan juga dapat dibuat secara lebih seimbang dan menyeluruh,” katanya.


Beliau berkata, langkah itu turut membuka ruang kepada lebih ramai rakyat, khususnya golongan muda, untuk menikmati manfaat pembangunan yang lebih tersusun pada masa hadapan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page