top of page

Empat Lelaki Positif Syabu Ditahan

  • nabalunews
  • 59 minutes ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


4 Mac 2026


SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan berjaya menahan empat lelaki dalam dua serbuan berasingan di pusat hiburan sekitar daerah ini, semalam.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.


Katanya, seorang daripadanya turut disyaki memiliki dadah terlarang dan ditahan untuk tindakan selanjutnya.


“Dalam operasi Ops Pusat Hiburan dan Ops Tapis Narkotik yang dijalankan bermula

Jam 1 pagi, pasukan BSJND menyerbu premis hiburan di Batu 4 dan kawasan Bandar Leila.


“Hasil serbuan itu, dua orang lelaki berjaya diberkas selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu,” katanya.


Menurutnya, dua lagi suspek ditahan di lokasi kedua selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.


Katanya, semua suspek akan direman mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana disyaki menagih dadah.


Sehubungan itu, George menegaskan, operasi seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak polis dalam membenteras gejala dadah di daerah ini.


Katanya, ia selari dengan tekad polis untuk memastikan Sandakan bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dan pemerdagangan dadah.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page