Ewon rasmi pejabat baharu SKM Wilayah Pantai Barat Utara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi pejabat baharu SKM Wilayah Pantai Barat Utara

22 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick merasmikan pejabat baru Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Pantai Barat Utara, hari ini.


Majlis perasmian yang berlangsung di Grand Merdeka Mall ini turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SKM Negeri Sabah.


Dalam ucapan perasmiannya, Ewon menyatakan penghargaan kepada Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM Rusli Jaafar, atas pemindahan pejabat SKM ke lokasi yang lebih strategik dan kondusif untuk operasi.


SKM PBU berpindah keluar dari pejabat lama di Menara MAA dan memulakan operasi di pejabat baharu pada 21 Mac 2024.


Ewon berharap pembukaan pejabat ini akan memberikan suasana bekerja yang lebih kondusif seterusnya meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat di kawasan Parlimen Sepanggar, Tuaran dan Kota Belud.


Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil pendaftaran kepada tiga koperasi wilayah PBU iaitu Pelancongan Sogindai Kiau Berhad, Koperasi Eko Pelancongan Kiau Berhad dan Koperasi Minitinduk Kiau Kota Belud Berhad serta Bantuan Pembangunan SKM sebanyak RM150,000 kepada Koperasi Pelancongan Tiong Simpodon Berhad.

bottom of page