top of page

Ewon sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg. Pogunon

Wartawan Nabalu News

2 Ogos 2024


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pogunon di sini, semalam.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berharap semoga keluarga terbabit diberikan ketabahan dalam menghadapi situasi malang ini.


Dalam kejadian pada awal pagi 31 Julai itu, tiga rumah dan empat kenderaan musnah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.06 minit pagi.


Zeno berkata kebakaran melibatkan 3 buah rumah dan 4 buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Kancil, sebuah Hyundai Atos, sebuah Proton Wira dan sebuah van Toyota LiteAce.


Kebakaran dapat dikawal oleh sepasukan 10 anggota dari BBP Penampang dibantu 5 anggota dari BBP Putatan bersama 3 jentera pemadam api, jam 3.28 pagi manakala operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya jam 5.16 pagi.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Pada 31 Julai lalu, Pusat Khidmat Parlimen Penampang turut

membantu mangsa kebakaran di Kampung Pogunon.


Bantuan barangan keperluan seharian

iaitu set tong gas, bakul makanan dan minuman disampaikan kepada tiga keluarga yang hilang tempat tinggal dalam tragedi itu.


Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Francis Chong yang turut hadir berkata mangsa kebakaran akan dipertimbangkan untuk disenaraikan sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) oleh Majlis Perbandaran Penampang bagi tahun hadapan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page