top of page

Ewon Serah Sumbangan Jersi Kepada Pasukan Veteran TUFC

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

ree

7 September 2025


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, meneruskan komitmennya dalam memperkukuh pembangunan sukan di kawasan Kadamaian melalui penyerahan sumbangan berupa jersi bola sepak kepada pasukan veteran Tambulion United Football Club (TUFC).


Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Saikom Watis, yang menyerahkan sumbangan berkenaan kepada wakil kelab, Majeri Kuhal.


Saikom menjelaskan bahawa sumbangan tersebut menunjukkan sokongan Ewon terhadap pembangunan sukan di Kadamaian tanpa mengira peringkat umur.


Beliau turut menegaskan bahawa sukan merupakan medium penting bukan sahaja untuk meningkatkan kesihatan fizikal, malah turut berperanan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Majeri, mewakili pasukan TUFC, merakamkan penghargaan kepada Ewon atas sokongan yang diberikan. Menurut beliau, sumbangan tersebut menjadi pemangkin semangat kepada pasukan veteran untuk terus aktif dan relevan dalam arena bola sepak tempatan.


Ewon sebelum ini turut dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan komuniti, meliputi aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. Usaha beliau dalam menyokong kegiatan sukan jelas menunjukkan kesungguhan untuk memastikan semua lapisan masyarakat, termasuk pasukan veteran, terus mendapat perhatian.


Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Jolyhame Saran, yang menyatakan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.


Beliau menegaskan bahawa kerjasama berterusan antara kepimpinan, masyarakat dan persatuan sukan mampu menjadi landasan kepada lahirnya lebih banyak bakat baharu, khususnya di kawasan luar bandar.


Penyerahan sumbangan jersi kepada TUFC ini sekali lagi membuktikan bahawa pembangunan sukan di Kadamaian terus mendapat perhatian, sekali gus mengukuhkan peranan sukan sebagai medium penyatuan masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page