top of page

Ewon Serah Sumbangan Kepada Gereja SIB Pinasang Tamu Darat Kota Belud

  • nabalunews
  • Oct 14, 2025
  • 2 min read

ree

14 Oktober 2025


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, telah menyalurkan sumbangan kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Pinasang Tamu Darat, di daerah ini sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan komuniti dan aktiviti keagamaan setempat.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, kepada Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tamu Darat, Gison @ Ginson Yasik, selaku wakil penerima bagi pihak gereja berkenaan.


Menurut Ginson, sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menjayakan Program Makan Amal SIB Tamu Darat, yang dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober 2025 di Dalit Steamboat & Grill Restaurant, Tuaran. Program tersebut bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan dan penyiapan bangunan baharu Gereja SIB Pinasang Tamu Darat, yang kini sedang dalam peringkat akhir pembinaan.


Dalam kenyataannya, Ginson menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinan serta komitmen beliau terhadap keperluan masyarakat setempat. Beliau menyatakan bahawa sumbangan ini bukan sahaja memberi bantuan kewangan, tetapi turut menyuntik semangat kepada warga gereja untuk terus berusaha menyiapkan rumah ibadat mereka.


“Bagi pihak seluruh umat Gereja SIB Pinasang Tamu Darat, kami amat berterima kasih kepada Ewon atas sokongan dan sumbangan beliau. Ia menunjukkan sifat kepimpinan yang prihatin serta komitmen beliau dalam membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya.


Permohonan sumbangan tersebut telah dikemukakan oleh Setiausaha SIB Pinasang Tamu Darat, Solingkoi Sidi, kepada Ewon sebelum ini. Respons positif beliau terhadap permohonan itu menunjukkan kesediaan dan kepedulian terhadap keperluan komuniti di kawasan Kadamaian, khususnya dalam memperkukuh aspek keagamaan dan kebajikan sosial.


Dengan adanya sokongan berterusan daripada pemimpin seperti Ewon, penduduk Tamu Darat yakin pembinaan gereja baharu tersebut dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa terdekat, sekali gus menyediakan ruang ibadat yang lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti tempatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page