top of page

Ewon sumbang kerusi roda, kerusi berangkai bernilai RM23,600 kepada Poliklinik Penampang

nabalunews
4 hours ago
1 min read

10 Oktober 2026


PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan 20 unit kerusi roda dan 40 unit kerusi berangkai bernilai keseluruhan RM23,600 kepada Poliklinik Penampang (Klinik Kesihatan Penamoang) hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sumbangan itu merupakan susulan kunjungannya ke Pejabat Kesihatan Daerah Penampang pada 22 September lalu, apabila dimaklumkan mengenai keperluan kelengkapan berkenaan.


“Susulan kunjungan saya ke Pejabat Kesihatan Daerah Penampang pada bulan lepas, saya telah dimaklumkan mengenai keperluan kerusi roda dan kerusi berangkai di klinik kesihatan itu.

“Pada hari ini, saya menyampaikan sumbangan itu yang diterima oleh Pegawai Kesihatan Daerah Penampang, Dr Euphrasia Anak Bari,” katanya selepas kunjungan ke klinik kesihatan Penampang, di sini, hari ini.


Ewon berkata, kesemua kelengkapan itu dibeli menggunakan peruntukan khas Ahli Parlimen Penampang bagi membantu memenuhi keperluan pesakit di klinik berkenaan.


“Semoga kelengkapan ini membantu keselesaan dan keperluan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan perubatan di sini,” katanya.

Sebelum ini, pada 2024, Ewon turut menyalurkan peruntukan khas Ahli Parlimen sebanyak RM200,000 bagi pembinaan dua buah kabin untuk perkhidmatan rehabilitasi dan tibi di Klinik Kesihatan Penampang, serta anjung menunggu di bangunan klinik ibu dan anak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page