Fenomena Blood Moon hiasi malam Ramadan, Chap Goh Mei
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

4 Mac 2026
KOTA KINABALU: Fenomena gerhana bulan atau “blood moon” mewarnai malam Ramadan yang turut bertepatan dengan sambutan Chap Goh Mei, iaitu hari ke-15 dan penutup perayaan Tahun Baharu Cina.
Jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Johnny Joklis dan Shahvian Mohd Razali, sempat merakam detik bersejarah itu di dua lokasi berbeza iaitu Taman Suria, Penampang dan Kampung Tambalugu, Tuaran.
Imej yang dirakam memperlihatkan perubahan rona bulan ketika fasa gerhana penuh, sekali gus mencuri perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena astronomi tersebut.

Menurut Pejabat Mufti Negeri Sabah, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang bumi menutupi permukaan bulan.
Dalam kenyataan sebelum ini, pejabat berkenaan turut menggalakkan umat Islam menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) serta mengimarahkan masjid dan surau sepanjang tempoh fenomena tersebut mengikut kesesuaian pengurusan masing-masing.















Comments