top of page

Gandingan Felix-Jolyhame Terima Sokongan Padu Pemuda UPKO Bahagian Ranau

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


RANAU, 7 Ogos – Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau hari ini mengumumkan sokongan penuh kepada gandingan Felix Joseph Saang dan Jolyhame Saran bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda UPKO Pusat sesi 2026–2029. Sokongan ini diumumkan menjelang pemilihan pada 9 Ogos ini, bersempena Mesyuarat Agung Tri‑Tahunan UPKO yang berlangsung pada 9 hingga 10 Ogos.


Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat pemuda bahagian dan atas keyakinan bahawa gandingan ini adalah yang terbaik untuk memimpin pergerakan Pemuda UPKO, berlandaskan prinsip Sinamik, Progresif, Telus, Adil dan Seimbang, serta berpaksikan semangat #SABAHFIRST.


Ketua Pemuda UPKO Ranau, Amirul Azril, dalam kenyataan tersebut menjelaskan bahawa Felix merupakan pemimpin teruji dan berwibawa dengan visi yang jelas untuk memartabatkan Pemuda, manakala Jolyhame pula dikenali sebagai pejuang akar umbi yang progresif serta memahami denyut nadi anak muda.


Beliau menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan gandingan ini akan menjadikan Pemuda UPKO lebih kuat, suara lebih lantang, dan khidmat lebih dirasai oleh akar umbi.


Sehubungan itu, Amirul menyeru seluruh perwakilan agar membuat keputusan tepat dengan mengetepikan perbezaan demi memastikan proses pengundian berlangsung secara matang, telus dan harmoni, tanpa menjejaskan semangat kesaudaraan dalam parti.Tegasnya, proses demokrasi ini penting bagi menjamin kestabilan organisasi.


Sementara itu, beliau turut mengingatkan bahawa pemilihan kali ini bukan sekadar memilih individu, tetapi merupakan mekanisme penting bagi menentukan hala tuju pergerakan Pemuda UPKO untuk tempoh tiga tahun akan datang.


Meskipun semua calon mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing, Pemuda UPKO Bahagian Ranau menetapkan sokongan kepada gandingan terbaik dan seimbang ini atas pertimbangan bahawa pemimpin yang dipilih kelak bukan sahaja untuk pergerakan Pemuda, malah sebagai wakil utama suara pemuda UPKO di peringkat Malaysia.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page