top of page

Generasi Teknokrat Sabah Terus Menyinar

  • nabalunews
  • Nov 13
  • 1 min read

ree

13 November 2025


KOTA KINABALU: Seramai 60 peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya telah menyertai Kursus AI Lanjutan 2025 yang berlangsung di Bilik Latihan Sedafiat, baru-baru ini.


Ia sekaligus menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkasa komuniti profesional Sabah dengan kemahiran teknologi masa depan.


Penceramah program, Ts.Gs. Mahadthir Asbollah berkata, peserta terdiri daripada pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), pengurus Lembaga , usahawan tempatan, serta ahli persatuan dan pertubuhan.

ree

Katanya, semua mereka merupakan alumni Kursus AI Asas yang telah menunjukkan komitmen tinggi untuk meneruskan pembelajaran ke tahap lebih mendalam.


“Program lanjutan ini bukan sahaja memperkenalkan teknik dan aplikasi terkini dalam bidang kecerdasan buatan, malah turut memberi peluang kepada peserta memperoleh sijil kemahiran diiktiraf oleh Microsoft.


“Ia menjadikan mereka lebih bersedia untuk meneroka potensi AI dalam bidang masing-masing.

ree

“Kursus ini membuktikan bahawa Sabah bukan sahaja bersedia menghadapi era digital, malah mampu melahirkan teknokrat yang berdaya saing dan berwawasan,” katanya.

ree

Mahadthir yang juga seorang Teknologis Profesional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi berkata, semangat kolaboratif dan penyertaan peserta daripada pelbagai sektor, Kursus AI Lanjutan 2025 menjadi bukti bahawa transformasi digital di Sabah sedang digerakkan oleh tenaga kerja yang berilmu, berani, dan bersedia untuk menyinar di pentas teknologi global.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page