top of page

Graduan UMS Jadikan Cabaran Kurang Upaya Fizikal Sebagai Kekuatan Genggam Segulung Ijazah

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 2 min read

ree

3 Disember 2025


KOTA KINABALU: Ketabahan seorang graduan OKU Universiti Malaysia Sabah (UMS) terserlah melalui kisah perjalanan hidupnya yang penuh cabaran sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.


Jerald Jaudy ST, 25, berasal dari Kota Belud merupakan graduan OKU yang pernah mengalami serangan angin ahmar ketika berusia 13 tahun, menyebabkan sebahagian fizikalnya terjejas.


Walau bagaimanapun, kekangan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk belajar, bersukan dan mengejar kerjayanya.


“Saya rasa cabaran yang paling besar untuk diri saya adalah kekangan masa dan juga dengan tubuh badan yang tidak seperti orang normal.


“Itu memberi kesan yang tidak besar tapi memberi kesan juga kepada saya untuk datang ke sini kerana tidak boleh dapat lesen untuk memandu,” tambahnya lagi.


Kini, beliau sudah memiliki lesen memandu sendiri yang merupakan satu simbol kejayaan peribadi dalam mengatasi batasan fizikal.


Beliau turut mengakui perjalanan akademiknya lebih mencabar berbanding pelajar lain, namun sumber kekuatan utamanya datang daripada keluarga serta diri sendiri.


“Saya rasa benda yang paling mendorong adalah ibu bapa saya dan juga diri sendiri yang yang sentiasa push untuk terus maju,” jelasnya.


Selain sebagai pelajar, beliau juga merupakan atlet para badminton Sabah dan menurutnya nilai kesukanan banyak membantu dalam ketahanan dari segi mentalnya.


“Saya mengekalkan semangat kerana saya merupakan seorang atlet para. Dan seorang atlet itu tidak ada kata menyerah dalam hidupnya,” katanya.


Sepanjang tempoh pengajian, beliau turut menjadikan rakan seperjuangan sebagai sumber inspirasi terhadap dirinya, sambil menunjukkan semangat yang tinggi dalam menimba ilmu.


Selain daripada itu, beliau pernah menjalani rawatan rehabilitasi di Hospital Queen Elizabeth sebelum menjadi atlet para.

Kejayaan beliau membuktikan bahawa ketabahan dan semangat yang tinggi dapat mengubah kekuatan sekaligus menjadi inspirasi kepada pelajar OKU dan masyarakat umum untuk terus berusaha mencapai impian tanpa mudah putus asa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page