Harga Petrol, diesel kekal, kerajaan terus pantau harga minyak mentah dunia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga Petrol, diesel kekal, kerajaan terus pantau harga minyak mentah dunia

4 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel akan kekal pada paras RM3.47, RM2.05, dan RM2.15 seliter masing-masing dari 4 hingga 10 April ini.


Keputusan ini berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira harga runcit mingguan produk petroleum.


MoF menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.


Menurut kenyataan MoF, walaupun harga pasaran sebenar bagi petrol RON95 dan diesel telah melebihi paras harga siling RM2.05 dan RM2.15 seliter yang ditetapkan, kerajaan tetap mengambil langkah proaktif untuk menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat.


Dalam pada itu, kerajaan turut mengumumkan bahawa mereka akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kestabilan harga serta kebajikan rakyat terpelihara.

bottom of page