top of page

Hubungan baik antara Ketua Kampung dan JPKK penting

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 3, 2023
  • 2 min read

3 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Hubungan baik antara Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) adalah penting untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran kampung yang baik, kata Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Datuk Hj Faimin Kamin.


Jelas beliau, Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK adalah ikon bagi sesebuah kampung. Mereka perlu bekerjasama dan mengekalkan hubungan baik dengan penduduk kampung.


Dalam pada itu, Pengerusi JPKK perlu tahu batas tanggungjawab masing-masing dan tidak mencampuri urusan atau peranan Ketua Kampung.


"Begitu juga dengan ketua kampung, elakkan campur tangan dalam tanggungjawab seorang Pengerusi JPKK, tetapi bekerjasama untuk menyokong antara satu sama lain," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sijil pelantikan kepada 47 Pengerusi JPKK baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Karanaan pada Isnin.


Faimin juga memberi contoh Kampung Kilimu Ranau sebagai kampung yang mempunyai permuafakatan padu dalam kalangan pemimpinnya.


"Kampung Kilimu adalah kampung contoh yang boleh dijadikan penanda aras pentadbiran dan pengurusan kampung yang terbaik oleh Pengerusi JPKK. Kampung itu cantik, bersih, mempunyai landskap dan susun atur lokaliti yang menarik, sesuai dengan imej kampung yang pernah mendakap pencapaian membanggakan," katanya.


Beliau menyenaraikan beberapa anugerah yang dimenangi oleh Kampung Kilimu seperti Johan Anugerah Kampung Sejahtera Peringkat Negeri 2014 (ADS1M), Anugerah Kampung Harapan Negara 2014, Anugerah Kampung Lestari Negara 2015, Johan Anugerah Kejiranan Hijau Kebangsaan 2019 dan Pertandingan Aspirasi Kampung Juara Sejahtera (PAKS) peringkat negeri pada 2022.


"Kini, pengurusan dan pentadbiran kampung itu menikmati keistimewaan di mana pelbagai agensi dan kementerian berlumba-lumba menawarkan pelbagai bentuk bantuan tanpa perlu bersusah payah memohon seperti kampung lain. Semua itu boleh dicapai kerana mereka mempunyai kesungguhan dan model pengurusan dan pentadbiran kampung yang baik. Semua penduduk kampung tahu peranan mereka dan mereka mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kampung mereka," katanya.




 
 
 

3 Comments


user
May 24

Voici la suite avec des structures variées (en notant que le premier élément, doorman jobs austin, était en doublon avec le batch précédent — je propose une nouvelle variation) :

Like

user
May 24

Coffee shops around Austin regularly post jobs austin for trained baristas and entry-level applicants alike.

Like

user
May 16

Hospitality workers looking for busy environments can scan hotel jobs for new openings.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page