"I Care Kadamaian" Diteruskan di Kampung Lobong Lobong, Kota Belud
- nabalunews
- 6 days ago
- 1 min read

3 Julai 2025
KOTA BELUD : Inisiatif kebajikan "I Care Kadamaian" diteruskan lagi, kali ini melibatkan penduduk Kampung Lobong Lobong, Kota Belud.
Program ini merupakan usaha berterusan untuk menyantuni golongan memerlukan, khususnya masyarakat di kawasan luar bandar.
Program tersebut dilaksanakan oleh kakitangan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, Solumin Salanu @Solinu, yang juga merupakan Ahli Kelab Kebajikan Kadamaian. Turut sama menjayakan program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lobong Lobong, Saudin Solinu.

"I Care Kadamaian" merupakan salah satu inisiatif di bawah kepimpinan Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian.
Program ini digerakkan bagi memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada perhatian serta bantuan kebajikan.
Dengan kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Bank Rakyat, penerima bantuan bagi sesi kali ini ialah Rasiah Kihob, seorang penduduk Kampung Lobong Lobong yang terpilih berdasarkan kriteria kelayakan tertentu.
Program seumpama ini dijangka akan diteruskan ke kampung-kampung lain di kawasan Kadamaian sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Comments